Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Luar Nikah

015603262

Dulu mungkin dorang macam ni kot masa awal2 kawen dulu. Bahagia je aku tengok kalau tak bahagia tak kan dorang kawen.

Betul tak?

Tapi kenapa dorg boleh gaduh sampai cerai anak dah lahir pun masih belom settle.

Naik turun mahkamah dah tentu ar kan campur pulak isu dekat surat khabar, tv, radio ramai mengata.

anak%2520Jimmy%2520Shanley%25207

Anak dorang comel tapi lama tah tak nampak kan.

Jimmy ShanleyTapi aku baru baca dari blog Budiey Jimmy Shanley buat statement Suhaila mengandung anak luar nikah. aku terkejut beruk bila baca. WTH kan. Jom baca

Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy. Katanya, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi. Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat:

“SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung. Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah.”

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka. Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka. Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s